Friday, June 29, 2012

kata menusuk jiwa halus

kata-kata mutiara.....


"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya,
 bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah
 lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, 
tetapi tidak memahami sesuatu."



"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."


bak kata johon raja lawak..

"insan yang cemerlang datangnya dari akal, jiwa yang tenang, hati yang bersih! buat baik berpada-pada, buat jahat sekali"

Thursday, June 28, 2012

asalamaulaikum.....

SEBAGAI TANDA SALAM  DAN PEMBUKA KATA KEPADA SEMUA.......

terima la...
pantun dari saya... 


Gantang Tuan gantang berumbut
Gantang diukir bersalut emas
Datang Tuan datang bersambut
datang mengukir hilangkan rimas

Sauh tuan sauh berempat
Mari diletak tepi kuala
Jauh puan jauh bertempat
suatu ketika pasti berjumpa

Bujang senang main berdua
Sedang menunggu menjaga ubat
Seloka pantun warisan budaya
Mekar suburnya sepanjang hayat

Apa merayap dibendang padi
Puyuh hutan mencari makan
Jangan jemu datang lah lagi
Senda seloka eratkan ikatan
 




 by Aiyun Idayu